Monday, September 26, 2011

Siput Masak Keladi

Sesiapa surirumah yang ada menanam pokok keladi ini, memang senang nak masak 'Siput Masak Keladi'. Sebab bila sudah ada keladi 'anytime' boleh masak menu tersebut. Selalunya di pasar minggu @ malam jarang ada jumpa keladinya. Bila beli siput , keladi takda pula dan bila beli keladi , siput pula yang takde. Saya menanam di tepi pagar rumah saya, mudah di tanam dan senang nak pelbagaikan masakan.

Bahan:
  •  siput
  • batang keladi
  • daun kesum
  •  cili boh
  •  lada hitam (di tumbuk)
  •  bawang besar & putih
  •  serai
  • santan
  • serbuk kunyit
  •  garam/ aji secukup rasa
Cara:
  1. siput di bersihkan, dan jangan lupa potong bahagian belakang siput (senang nak sedut)
  2. batang keladi di siang( buang kulit) dan di rebus dlm 15min
  3.  tumis serai , selepas itu masukkan bawang besar, putih, cili kisar dan serbuk kunyit, kacau.
  4.  tumisan sudah garing, masukkan santan, lada hitam, daun kesum, siput dan garam/aji secukup rasa
  5. akhir sekali, masukkan keladi yang sudah di rebus.








No comments:

Post a Comment