Tuesday, September 27, 2011

nasi jagung + ayam masak merah + dalca tumis darat + pacri nenas

Pada 2 November 2010, adalah hari kelahiran aku yang ke 29 tahun. Ikutkan besday girl mana boleh masak kan..???? Nak celebrate tunggulah makan malam nanti. Tapi kenangkan tengahari anak-anak balik dari sekolah dan suami pulang makan tengahari, apa lagi bergegaslah kite ke dapur untuk memasaknya.


NASI JAGUNG
Bahan:


  • jagung dalan tin (sebiji-2)

  • mentega / minyak sapi

  • bawang besar/ putih di kisar

  • halia di kisar

  • sedikit lada putih

  • daun pandan

  • susu cair

  • sedikit garam

  • beras

Cara: tumis bawang besar/putih dan halia dengan mentega/minyak sapi sampai naik bau. Masukkan air (sukat ikut beras berapa cawan), jagung, lada putih, susu cair, daun pandan ,garam secukup rasa. Kemudian masukkan beras, sudah masak taburkan bawang goreng.
AYAM MASAK MERAH
Bahan:


  • 1 ekor ayam

  • 2 biji bawang besar potong bulat

  • kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih

  • serai titek

  • cili kering di kisar

  • bawang besar/putih dikisar

  • halia dikisar

  • 8 sudu besar sos tomato

  • 6 sudu cili sos

  • 3 sudu gula

  • garam secukup rasa

Cara:


  1. tumis serai dan rempah ratus selepas itu tuangkan cili kisar, bawang besar/putih dan halia sampai naik bau.

  2. masukkan sos tomato, sos cili, gula dan garam secukup rasa. baru masukkan ayam , kalau rasa pekat sangat tiada berkuah tuangkan air.

  3. selesai masak taburkan bawang besar yang di potong bulat.
DALCA TUMIS DARAT
Bahan-bahan:


  • daging di rebus

  • 1 cwn dal di rebus separuh empuk

  • carot di potong bulat

  • kacang panjang di potong ikut suka

  • terung " " "

  • kentang di belah 8

  • 1 cawan santan pekat

  • asam jawa

  • air secukupnya

  • lada hijau

  • tomato
Bahan di kisar:


  • bawang besar/putih

  • 1 inci halia

  • 3 sudu makan rempah kari daging
Bahan rempah:


  • 1 inci kayu manis

  • 2 kuntum bunga lawang

  • 2 kuntum bunga cengkih

  • 3 biji buah pelaga
Bahan tumis:


  • bahan di kisar tadi

  • rempah kari

  • rempah ratus

  • daun kari

  • minyak
Cara:


  1. tumis rempah ratus bersama rempah kari di campur dengan bawang besar/putih, halia dan daun kari. ketepikan

  2. air rebusan daging dan dal bersama kentang dan lobak merah yang sudah empuk baru masukkan santan bersama terung , kacang panjang dan garam secukup rasa.

  3. baru masukkan tumisan rempah kari tersebut ke dalam santan tersebut. Campakkan lada hijau dan tomato.

PACRI NENAS
Bahan- bahan :
  • 1 biji nenas potong 3 segi
  • bawang besar /putih di kisar
  • rempah bunga cengkih, buah pelaga, kayu manis
  • gula/ garam secukup rasa
  • sedikit serbuk kunyit
  • 1 cawan air
  • cili merah untuk hiasan.
Cara:
  1. tumis bawang besar/ putih.
  2. masukkan rempah, serbuk kunyit dan air.
  3. garam/gula secukup rasa
  4. kemudian masukkan nenas yang sudah di potong sehingga empuk.
  5. selesai masak, hias cili di atasnya.
sedap di makan bersama nasi beriyani, nasi minyak.

No comments:

Post a Comment