Friday, September 30, 2011

Singgang ikan

Bahan-bahan:
  • ikan (tak kisah apa ikan)
  • bawang besar/ putih di hiris
  • serai titek
  • sedikit belacan
  • air asam jawa
  • lada hijau potong 4
  • garam/aji secukup rasa
Cara:
  1. belacan dan air asam jawa di ramas dan masuk ke dalam periuk
  2. masukkan bawang besar/putih & serai
  3. sehingga mendidih masukkan ikan & lada hijau . garam/aji secukup rasa.
P/S: ikan di basuh dengan bersih bersama limau perah @ air asam untuk menghilangkan rasa hanyir.

ANEKA MEE

Mee Bandung

Zaman sekarang nak masak semua nak segera pakai pes, atau rencah sudah siap. Cuma sediakan udang, sotong dan mee sahaja. Tapi saya masih menggunakkan bahan rencah sendiri dari ibu saya, jom kita tengok apa bahan-bahannya.

Bahan-bahan:
  • mee kuning 1 bungkus
  • sawi / kobis di hiris
  • daging di rebus
  • udang, sotong
  • cili kering di kisar (cili boh)
  • bawang besar / putih
  • 1 sudu kecil serbuk lada putih
  • sos tomato puri @ sos botol pun boleh
  • telur
  • 2 sudu makan tepung jagung/tepung gandum
  • kacang goreng di kisar kasar.
  • garam/gula/aji secukup rasa
  • bawang goreng, daun sup bawang dan cili jeruk sebagai hiasan.
Cara:
  1. guna periuk ,tumis bawang besar/putih ,cili kisar,  dan serbuk lada putih sehingga naik bau.
  2. masukkan rebusan air daging bersama daging sampai mendidih. garam/gula/aji secukup rasa.
  3. kacau tepung jagung/ gandum dalam cawan selepas itu masukkan ke dalam periuk tersebut bagi memekatkan kuah.sudah siap ketepikan....
  4. ambil kuali masukkan kuah bandung ke dalam selepas itu baru masukkan udang, sotong sampai masak dan kacang kisar.
  5. baru masukkan mee kuning bersama sayur sawi dan kobis.
  6. sudah siap angkat mee tersebut, kuah di dalam kuali tersebut bagi mengelegak pecahkan telur sebiji. telur sudah separuh tuang ke dalam pinggan.
  7. hiasi dengan bawang goreng, daun sup bawang dan cili jeruk...sedap tuuu!
P/S: cara di atas lebih senang,  sebab mee cepat kembang dok lama2 dalam kuah x sedap.




Bihun Hong Kong
Bahan-bahan:
  • bihun 1 pek
  • udang , sotong, daging
  • sos tiram
  • bawang besar/putih di kisar
  • halia di kisar
  • sedikit serbuk lada putih
  • air
  • sawi, (lobak merah di hiris.)
Cara:
  1. tumis bawang besar/putih , halia sampai naik bau.baru masukkan serbuk lada putih dan sos tiram.
  2. bubuh air bersama udang, sotong, daging. garam/ aji secukup rasa.
  3. baru masukkan sawi dan akhir sekali bihun. gaul sampai sebati dan masak.
  4. sudah selesai , bolehlah makan bersama bawang goreng dan lada hijau jeruk.


 SPAGHETTI


Bahan-bahan:
  • pakai sos brang leggo's
  • angel hair spaghetti
  • bawang besar/putih di kisar
  • sosej di potong bulat
  • daging burger di carik2
  • cili kisar/ sos cili
  • garam/gula secukup rasa
Cara:
  1. spaghetti di rebus bubuh sedikit majerin /  minyak supaya tidak melekat dalam 2 minit je.
  2. tumis bawang/ besar sampai naik bau, baru masukkan sos cili.
  3. masukkan daging burger, sosej.
  4. baru masukkan sos leggo's.
  5. kalau rasa pekat tuang 1 cawan air.
  6. garam/gula secukup rasa.

Tuesday, September 27, 2011

nasi jagung + ayam masak merah + dalca tumis darat + pacri nenas

Pada 2 November 2010, adalah hari kelahiran aku yang ke 29 tahun. Ikutkan besday girl mana boleh masak kan..???? Nak celebrate tunggulah makan malam nanti. Tapi kenangkan tengahari anak-anak balik dari sekolah dan suami pulang makan tengahari, apa lagi bergegaslah kite ke dapur untuk memasaknya.


NASI JAGUNG
Bahan:


  • jagung dalan tin (sebiji-2)

  • mentega / minyak sapi

  • bawang besar/ putih di kisar

  • halia di kisar

  • sedikit lada putih

  • daun pandan

  • susu cair

  • sedikit garam

  • beras

Cara: tumis bawang besar/putih dan halia dengan mentega/minyak sapi sampai naik bau. Masukkan air (sukat ikut beras berapa cawan), jagung, lada putih, susu cair, daun pandan ,garam secukup rasa. Kemudian masukkan beras, sudah masak taburkan bawang goreng.
AYAM MASAK MERAH
Bahan:


  • 1 ekor ayam

  • 2 biji bawang besar potong bulat

  • kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih

  • serai titek

  • cili kering di kisar

  • bawang besar/putih dikisar

  • halia dikisar

  • 8 sudu besar sos tomato

  • 6 sudu cili sos

  • 3 sudu gula

  • garam secukup rasa

Cara:


  1. tumis serai dan rempah ratus selepas itu tuangkan cili kisar, bawang besar/putih dan halia sampai naik bau.

  2. masukkan sos tomato, sos cili, gula dan garam secukup rasa. baru masukkan ayam , kalau rasa pekat sangat tiada berkuah tuangkan air.

  3. selesai masak taburkan bawang besar yang di potong bulat.
DALCA TUMIS DARAT
Bahan-bahan:


  • daging di rebus

  • 1 cwn dal di rebus separuh empuk

  • carot di potong bulat

  • kacang panjang di potong ikut suka

  • terung " " "

  • kentang di belah 8

  • 1 cawan santan pekat

  • asam jawa

  • air secukupnya

  • lada hijau

  • tomato
Bahan di kisar:


  • bawang besar/putih

  • 1 inci halia

  • 3 sudu makan rempah kari daging
Bahan rempah:


  • 1 inci kayu manis

  • 2 kuntum bunga lawang

  • 2 kuntum bunga cengkih

  • 3 biji buah pelaga
Bahan tumis:


  • bahan di kisar tadi

  • rempah kari

  • rempah ratus

  • daun kari

  • minyak
Cara:


  1. tumis rempah ratus bersama rempah kari di campur dengan bawang besar/putih, halia dan daun kari. ketepikan

  2. air rebusan daging dan dal bersama kentang dan lobak merah yang sudah empuk baru masukkan santan bersama terung , kacang panjang dan garam secukup rasa.

  3. baru masukkan tumisan rempah kari tersebut ke dalam santan tersebut. Campakkan lada hijau dan tomato.

PACRI NENAS
Bahan- bahan :
  • 1 biji nenas potong 3 segi
  • bawang besar /putih di kisar
  • rempah bunga cengkih, buah pelaga, kayu manis
  • gula/ garam secukup rasa
  • sedikit serbuk kunyit
  • 1 cawan air
  • cili merah untuk hiasan.
Cara:
  1. tumis bawang besar/ putih.
  2. masukkan rempah, serbuk kunyit dan air.
  3. garam/gula secukup rasa
  4. kemudian masukkan nenas yang sudah di potong sehingga empuk.
  5. selesai masak, hias cili di atasnya.
sedap di makan bersama nasi beriyani, nasi minyak.

Lontong

Bahan menumis:
  • bawang besar & putih
  • cili kisar
  • serai
  • halia
  • udang segar/ udang kering
  • daun salam
  • serbuk kunyit
  • garam/aji secukup rasa
Bahan rencah (sayur-sayuran):
  • 3 biji kelapa ambil santannya
  • kobis di hiris
  • sengkuang di potong 1 inci panjang.
  • lobak di potong 1inci panjang
  • kacang panjang di hiris
  • tahhu di goreng di potong 4
  • tempe di goreng potong bersaiz tahhu
  • 1/2 peket suhun (jangan banyak nanti suhun serap santan)
Cara:
  1. tumis bahan menumis dengan minyak yang secukupnya sehingga wangi dan garing.
  2. masukkan santan dan garam secukup rasa. selepas itu baru masukkan bahan sayur-sayuran. agak2 sudah masak boleh tutup api.
P/S: lontong sedap di makan bersama serunding kelapa dan sambal tumis.

Roti Jala + Kari Ayam




Bahan Roti Jala:
  • 1kg tepung gandum
  • 2 biji telur
  • garam secukup rasa
  • perwarna kuning
  • 5liter air
Cara: masukkan kesemua bahan dan kacau selepas itu tapis. Agak2 tidak pekat dan tidak cair.

Bahan kari ayam:
  • ayam
  • kentang
  • bawang besar & putih
  • sedikit halia
  • rempah kari (brand BABAS)
  • santan/ susu cair
  • rempah ratus
  • daun kari
  • garam/aji secukup rasa
Cara:
  1. gaul rempah kari bersama bawang besar, putih , halia .
  2. panaskan minyak, tumis rempah ratus dan daun kari sampai naik bau. Selepas itu masukkan bahan campuran rempah kari ke dalam tumisan tersebut.
  3. masukkan santan @ susu cair ke dalam masakkan tersebut dan masukkan ayam dan kentang sampai empuk. Garam/aji secukup rasa . Kuahnya biarlah pekat sedap di cicah dengan roti jala .




Monday, September 26, 2011

Asam Pedas Daging

Bahan:


  • cili kering di kisar bersama belacan (cili boh pun boleh)
  • daging di rebus
  • bawang besar & putih di kisar
  • serai titek
  • asam keping
  • 1 sudu kecil serbuk kunyit
  • 1 cawan santan
  • kentang
  • garam/aji secukup rasa
Cara:
  1. tumis serai, lada, bawang besar dan putih sehingga naik bau.
  2. masukkan daging bersama airnya dan (kentang sampai empuk)
  3. selepas itu masukkan santan, garam/aji secukup rasa bersama asam keping.


PeLBaGai KuiH TaLaM



KUIH TALAM KELADI

Loyang kecil panjang dalam 23cm

Bahan Lapisan Bawah
  • 1/2 tepung beras
  •  1 cawan santan pekat
  • 1 sudu kecil garam
  •  keladi di potong dadu dan di rebus hingga empuk. (15min)
Bahan Lapisan Atas
  •  5 biji telur
  •  2 cawan santan cair
  • pewarna purple
  • gula pasir (agak2 secukup rasa)
  • 1 senduk tepung gandum
Cara:
Lapisan Bawah: - Tepung beras di gaul dengan santan pekat, garam , dan keladi di atas loyang . Selepas itu di masukkan ke dalam kukus dengan api yang pelahan, kacau sehingga pekat dan tutup periuk kukus. Sudah masak ambil garfu di cucuk2 di atas permukaan tersebut dan lap dengan kain yang bersih supaya talam lapisan atas tidak licin @ gelincir bila di potong.

Lapisan Atas:- Pukul telur , gula, pewarna purple, dan santan cair sampai kembang selepas itu masukkan tepung gandum dan tapis bahan tersebut. Akhir sekali tuang ke loyang lapisan bawah . kukus sehingga masak dengan api yang kecil dalam 25min.
Sudah sejuk baru boleh potong.

KUIH TALAM CENDOL

Loyang kecil panjang dalam 23cm


BAHAN LAPISAN BAWAH:
  • 1/2 tepung beras
  •  1 cawan santan pekat
  • 1 sudu kecil garam
  • 1 bungkus cendol
BAHAN LAPISAN ATAS:
  •  5 biji telur
  •  2 cawan santan cair
  •  gula pasir (agak2 rasanya)
  • gula melaka
  • sedikit pewarna coklat
  • 1 senduk tepung gandum
Cara:
Lapisan Bawah: - Tepung beras di gaul dengan santan pekat, garam , dan cendol di atas loyang . Selepas itu di masukkan ke dalam kukus dengan api yang pelahan, kacau sehingga pekat dan tutup periuk kukus. Sudah masak ambil garfu di cucuk2 di atas permukaan tersebut dan lap dengan kain yang bersih supaya talam lapisan atas tidak licin @ gelincir bila di potong.

Lapisan Atas:- Pukul telur , gula pasir, gula melaka, pewarna coklat dan santan cair sampai kembang selepas itu masukkan tepung gandum dan tapis bahan tersebut. Akhir sekali tuang ke loyang lapisan bawah . kukus sehingga masak dengan api yang kecil dalam 25min.
Sudah sejuk baru boleh potong.

Siput Masak Keladi

Sesiapa surirumah yang ada menanam pokok keladi ini, memang senang nak masak 'Siput Masak Keladi'. Sebab bila sudah ada keladi 'anytime' boleh masak menu tersebut. Selalunya di pasar minggu @ malam jarang ada jumpa keladinya. Bila beli siput , keladi takda pula dan bila beli keladi , siput pula yang takde. Saya menanam di tepi pagar rumah saya, mudah di tanam dan senang nak pelbagaikan masakan.

Bahan:
  •  siput
  • batang keladi
  • daun kesum
  •  cili boh
  •  lada hitam (di tumbuk)
  •  bawang besar & putih
  •  serai
  • santan
  • serbuk kunyit
  •  garam/ aji secukup rasa
Cara:
  1. siput di bersihkan, dan jangan lupa potong bahagian belakang siput (senang nak sedut)
  2. batang keladi di siang( buang kulit) dan di rebus dlm 15min
  3.  tumis serai , selepas itu masukkan bawang besar, putih, cili kisar dan serbuk kunyit, kacau.
  4.  tumisan sudah garing, masukkan santan, lada hitam, daun kesum, siput dan garam/aji secukup rasa
  5. akhir sekali, masukkan keladi yang sudah di rebus.








Kari Kepala Ikan Tenggiri


Bahan:
> kepala ikan tenggiri
> 4 sudu besar rempah kari (brand BABAS)
> bawang besar & putih di kisar
> 1 sudu besar halia di kisar
> daun kari
> rempah biji sawi
> air asam jawa
> bendih (gantikan dengan terung pun boleh)
> lada hijau / tomato
> santan
> garam/ aji secukup rasa.

Cara:
1) goreng bendih terdahulu dan ketepikan.
2) rempah kari di gaul bersama bawang besar & putih, halia dan rempah biji sawi dan sedikit air, kacaukan.
3) tumis daun kari terdahulu kemudian masukkan rempah kari yang di gaulkan tadi ke dalam periuk sampai naik bau. Baru masukkan santan yang di campurkan dengan asam jawa ke bahan tumis tadi. Garam/aji secukup rasa.
4) mendidih masukkan kepala ikan tersebut
5) akhir sekali, masukkan bendih, lada hijau dan tomato sebagai makanan sampingan.