
resepi ini aku dapat dari seorang rakan FB aku ( kawan sekolah) iaitu Puan CheCkyn CheHashim. Aku cuba buat semasa bulan puasa 2010 sempena hari kelahiran anak aku 'Nurin Hadirah' setahun. Jom kite tengok apa bahannya:
- bahan utama tauhu pop (biasa di gunakkan masakkan mee kari)
Bahan inti:
- tauhu biasa di hancur
- sayuran - carrot, kacang panjang @ kacang buncis di hiris halus.
- kiub ayam @ ikan bilis
- udang segar @ kering
- garam secukup rasa.
Cara:
- bahan-bahan inti sudah di campur semua. ketepikan...
- buat bahagian kulit pula, iaitu tauhu pop di potong X dan mengeluarkan isi di dalamnya (di campur ke inti) dan di terbalikkan dengan cermat.
- baru masukkan inti ke dalam kulit tauhu pop tersebut.
- panaskan minyak, goreng......sedap di makan cicah sos cili
No comments:
Post a Comment