Friday, October 7, 2011

KuiH MuiH





KARIPAP INTI KENTANG


Untuk Kulit:
  • 1/2 kg tepung gandum
  • 2 sudu besar mentega/marjerin
  • 2 sudu besar minyak masak
  • Air masak bercampur garam (agak-agaklah sampai jadi doh)
Cara:

1. Panaskan minyak masak bersama mentega/margerin. Biarkan mendidih.
2. Masukkan tepung dalam mangkuk tahan panas dan buat lubang kat tengah.
3. Tuang campuran minyak dan kacau dengan sudip kayu dan kacau cepat-cepat sampai minyak bercampur dengan tepung gandum.
4. Tuangkan air masak yang bercampur garam dan ulilah doh seperti biasa.
5. Jangan lembek sangat dan jangan pulak keras sangat. Agak-agaklah dan perap sekejap.
6. Siap untuk di gunakan.
Inti Karipap:
  • 1kg ubi kentang-dadu
  • 1 biji bawang besar-dadu
  • 3 sudu besar kari daging-ikut suka
  • 400gm daging kisar(nak guna ayam pun boleh-kalau lebih lagi sedap)
  • sedikit
  • 1 biji bawang besar kisar 
  • 3 biji bawang putih kisar
  • 1 inci halia kisar
  • 3 tangkai daun kari
  • air secukupnya daun sup
  • garam dan sedikit minyak
Cara:
  1. Basuh dan potong dadu ubi kentang dan bawang besar. Toskan.
  2. Tumbuk/kisar bawang besar,bawang kecil, bawang putih dan halia.
  3. Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan yang telah ditumbuk /kisar bersama daun kari.
  4. Setelah naik bau masukkan pulak bawang besar yang telah didadu bersama serbuk kari dan kacau sehingga naik minyak.
  5. Masukkan daging kisar dan masukkan sedikit air dan biarkan sebentar.
  6. Masukkan ubi kentang,garam dan air sehingga tenggelam semua bahan.(agak-agak yer)
  7. Biarkan ubi empuk dengan menggunakan api perlahan, masukkan garam dan kacau sekali sekala.
  8. Bila ubi telah empuk , rasa dulu baru di tutup api.

Nota: kalau buat karipap mesti buat lebih, goreng separuh masak selepas itu bekukan.

TEPUNG PELITA
Resepi ini saya perolehi dari jiran saya kak zu. Biasanya tepung pelita dalam daun pisang tapi kalau sudah tiada pakai je bekas putih ini.

Bahan bahagian bawah (hijau)
  • 1 cawan tepung beras
  • 1 cawan gula pasir
  • 5 cawan air
  • pati daun pandan hijau
  • 1/2 sudu tea air kapur
Campur semua bahan dan kacau atas dapur sampai pekat.

Bahan bahagian atas (putih)
  • 4 cawan santan
  • 4 sudu besar tepung beras
  • garam secukup rasa
Campur semua bahan dan kacau atas dapur sampai pekat.
selepas itu masuk dalam icebox, sedia untuk di makan.











KUIH SARI AYU





Bahan:
  • 3 biji telur
  • 1 kotak susu segar yang kecil
  • 2 1/2 cawan tepung gandum
  • 1 cawan gula ( ikut rasa)
  • pewarna hijau
  • 1 sudu kecil soda
  • 1 sudu kecil overllet
  • kelapa
Cara:
  1. pukul telur dan gula sampai putih.
  2. kemudian masukkan overllet, susu segar, tepung gandum, soda dan pewarna hijau.
  3. bubuh kelapa yang sudah di gaul dengan garam ke dalam acuan
  4. dan selepas itu, tuang bahan tersebut ke dalam acuan yang di sediakan.
  5. kukus dalam 25min.





KUIH KETAYAP

BAHAN INTI KELAPA:
  • 1/2 biji kelapa parut
  • 1 buku gula merah
  • 3 sudu besar gula pasir
  • 2 helai daun pandan
  • 1 1/2 cawan air
CARA MEMASAK INTI:
  • 1 buku gula melaka di didihkan bersama air dan daun pandan, selepas itu di tapis kerana (gula melaka ada hampas seperti semut, dll). selepas itu baru masukkan kelapa kacau dan masak sehingga sebati.
BAHAN :
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 cawan santan
  • 1 biji telur gred A
  • 1/2 sudu kecil pewarna hijau (rajin blend daun pandan ambil airnya 1/2 cawan)
  • 1/3 sudu kecil garam
  • 2 cawan air (agak2 x cair x pekat)
CARA:
  • Campur semua bahan di atas, masukkan air sedikit demi sedikit
CARA NAK BUAT KUIH: 

  1. Panaskan kuali leper dengan sapuan minyak mengguna daun pandan.
  2. masukkan 1/2 senduk bancuhan tepung tersebut
  3. masak sampai tepi kulit terangkat, maknanya sudah boleh di angkat.
  4. letak di pinggan dan bubuh inti selepas itu gulung dengan cermat.


     
    KUIH KOSUI


    BAHAN:
  • 1 1/2 cawan tepung beras
  • 1 sudu makan tepung ubi
  • 1 sudu kecil air kapur
  • 1/2 cawan gula pasir
  • 1/2 cawan gula merah
  • 2 cawan air
  • daun pandan
  • kelapa parut putih + secubit garam + daun pandan simpul - kukus kejap
CARA:
  1. masukkan gula melaka dan gula pasir dalam periuk kecil kemudian masukkan 1 cawan air bersama daun pandan. masak atas api kecil hingga gula larut. sejukkan sebentar.
  2. masukkan tepung beras dan tepung ubi dan tuang satu cawan air dan air kapur. gaul rata
  3. kemudian tuang air gula yang telah sejuk tadi. gaul hingga sebati tapis adunan dan tuang dalam acuan
  4. kukus 10 minit atau hingga masak. bila dah masak kuih akan jadi berlubang di tengahnya.hidang bersama kelapa parut yang di kukus tadi.

























No comments:

Post a Comment